• No se han encontrado resultados

Tatakelakuan KETAHUI PERKARA YANG BETUL. LAKUKAN PERKARA YANG BETUL.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "Tatakelakuan KETAHUI PERKARA YANG BETUL. LAKUKAN PERKARA YANG BETUL."

Copied!
33
0
0

Texto completo

(1)
(2)

Jadual Kandungan

Mengapa Kita Mempunyai Tatakelakuan ... 4

Tatakelakuan Dikenakan Terhadap Semua ... 4

Kongsikan Kebimbangan Anda Tanpa Merasa Takut ... 5

Dasar Tanpa Tindakan Balas ... 5

Melaporkan Dengan Jujur ... 5

Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan ... 6

Pelanggaran Amalan Perakaunan dan Kawalan Dalaman ... 7

Talian Tatakelakuan ... 7

Kewajipan Ketua Pasukan dan Mereka yang Menerima Laporan Kemungkinan Pelanggaran Tatakelakuan ...8

Pelanggaran Tatakelakuan ... 8

Kelakuan Dengan Pasukan Kita ... 9

Kebebasan Berpersatuan ... 9

Kepelbagaian dan Rangkuman serta Tidak Berdiskriminasi ... 9

Hak Asasi Manusia Global ... 10

Keselamatan Tempat Kerja ... 11

Tempat Kerja yang Penuh Hormat ... 12

Keganasan Tempat Kerja ... 12

Dadah dan Alkohol ... 13

Kelakuan dengan Orang Lain ... 14

Perniagaan Kita ... 14

Pelanggan dan Pembekal ... 14

Pengguna ... 15

Privasi Data Pengguna dan Pekerja ... 15

Media Sosial ... 16

Persaingan ... 16

Maklumat Persaingan ... 17

Alam Sekitar ... 18

Kerajaan ... 18

Menjalankan Perniagaan di Peringkat Antarabangsa ... 19

Kelakuan Dengan Syarikat Kita ... 20

Maklumat dan Sumber Syarikat Kita ... 20

Percanggahan Kepentingan ... 20

Maklumat Sulit ... 22

Penggunaan Sumber Syarikat ... 24

(3)

Pekerja Kimberly-Clark yang dihormati,

Selama bertahun-tahun, Kimberly-Clark diiktiraf sebagai syarikat yang melaksanakan perkara yang betul. Pada beberapa tahun yang lepas, kita menerima banyak anugerah kerana amalan pengurusan beretika kita termasuklah diiktirafkan sebagai antara “Syarikat Paling Beretika dalam Dunia,” seperti yang ditentukan oleh Ethisphere. Saya berasa sangat bangga apabila pekerja Kimberly-Clark mengambil berat tentang reputasi kita. Antara nilai teras kita adalah bersifat “Tulen” yang bermakna di Kimberly-Clark kita akan teruskan warisan sikap kejujuran, integriti dan berani melaksanakan perkara yang betul. Itulah perkara yang kita selalu lakukan dan standard yang dipertanggungjawabkan kepada kita pada masa hadapan.

Reputasi ialah aset yang amat berharga. Dalam dunia terhubung dan berjaringan di tempat kita bekerja pada hari ini, tindakan syarikat – dan tindakan pekerjanya – lebih diteliti berbanding sebelum ini. Ia merupakan satu cabaran besar untuk mengharapkan agar setiap pekerja Kimberly-Clark, pada setiap hari di mana jua untuk mengikut standard Tatakelakuan kita dalam semua perkara yang kita lakukan. Namun, itulah yang saya harapkan kerana kita semua mahu bekerja dengan syarikat yang sedemikian.

Sila luangkan masa untuk membaca dan memahami Tatakelakuan Kimberly-Clark. Tanya soalan mengenainya. Amalkannya. Harapkan rakan sekerja anda melakukan perkara yang sama. Jika kita semua melakukannya, kita akan terus menjadi pengelola tradisi 140+ tahun di Kimberly-Clark.

Yang Ikhlas,

Thomas J. Falk

Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif

Seperti yang Tom nyatakan dalam suratnya, reputasi kita sebagai syarikat dan sebagai individu ialah aset yang berharga. Saya yang berperanan sebagai Peguam bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan anda bagi melindungi reputasi tersebut. Memastikan agar anda memahami perkara yang dikehendaki oleh undang-undang bidang kuasa di tempat kita beroperasi hanyalah sebahagian daripada perkara yang Kimberly-Clark harapkan daripada kita sebagai pekerja. Dalam kebanyakan situasi, Kimberly-Clark menjangkakan lebih daripada yang dikehendaki oleh undang-undang. Tatakelakuan Kimberly-Clark ialah panduan yang bernilai untuk isu etika yang mungkin timbul dari semasa ke semasa dalam hubungan anda dengan para pekerja, pelanggan, pembekal, pesaing dan orang awam. Luangkan masa untuk membaca Tatakelakuan dan fikirkan tentang cara ia berkaitan dengan anda dan kerja anda. Pastikan bahawa anda memahami tanggungjawab anda mengikut Tatakelakuan, termasuk tanggungjawab untuk melaporkan pelanggaran disyaki dan untuk bekerjasama dalam siasatan Syarikat. Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan, Tatakelakuan mengenal pasti sumber yang tersedia sebagai jawapan untuk anda. Jika anda merasa perlu untuk berbincang tentang situasi supaya boleh mendapat penyelesaian yang sewajarnya, bincang dengan ketua pasukan anda, pakar Sumber Manusia anda atau sesiapa sahaja dalam Jabatan Undang-undang. Anda juga boleh menghubungi Talian Tatakelakuan jika ingin merahsiakan nama. Selain itu, anda boleh hubungi saya secara terus pada bila-bila masa dengan pertanyaan atau kebimbangan berkenaan pematuhan Tatakelakuan dan standard Syarikat untuk integriti dan etika. Ia ialah reputasi kita, marilah berusaha bersama-sama untuk melindunginya.

Yang Ikhlas,

Thomas J. Mielke

(4)

Mengapa Kita Mempunyai Tatakelakuan

Di Kimberly-Clark, kita membekalkan barangan keperluan untuk kehidupan yang lebih baik. Nilai One K-C ialah prinsip dan ideal yang membentuk diri kita pada hari ini serta mentakrifkan jenis syarikat yang kita mahu jadi pada masa hadapan. Kita adalah:

Tulen – Di Kimberly-Clark, kita yakin dengan usaha meneruskan warisan kejujuran, integriti dan melakukan perkara yang betul dengan berani. Kita berusaha untuk menjadi antara syarikat yang paling berjaya, berdedikasi untuk menang melalui kerja keras dan secara adil. Bertanggungjawab – Kita bertanggungjawab ke atas perniagaan kita dan masa hadapan kita. Kita mewujudkan matlamat kejayaan untuk perniagaan kita dan diri kita sendiri dan seterusnya berusaha untuk mengatasinya. Secara peribadi, kita berasa bertanggungjawab untuk mencapai potensi individu serta pasukan kita.

Inovatif – Pengasas kita mewujudkan budaya yang

menggalakkan semangat keusahawanan, percubaan dalam pembangunan produk dan kreativiti dalam pemasaran. Kita berusaha untuk komited terhadap idea baru yang menambah nilai kepada pelanggan dan rakan kongsi kita. Kita menyedari bahawa pencapaian terbaik hari ini menjadi tanda aras yang kita perlu atasi pada esok hari.

Penyayang – Semua ini, serta sifat benar-benar menghormati sesama kita dan mengambil berat terhadap masyarakat di tempat kita tinggal dan bekerja, menjadikan orang lain tertarik untuk bekerja dan menjalankan perniagaan dengan Kimberly-Clark di seluruh dunia.

Kita percaya bahawa cara kita menjalankan perniagaan kita adalah sama penting dengan perniagaan yang kita lakukan.

Beroperasi secara integriti dan dengan standard etika yang tinggi ialah cara Kimberly-Clark menjalankan perniagaan. Tatakelakuan mengukuhkan nilai kita dengan memberikan bimbingan untuk berurusan dengan pelanggan, pembekal, pekerja lain, pesaing dan orang awam dengan integriti dan beretika serta dengan cara yang bersesuaian. Mengamalkan nilai ini dan menunjukkan Kelakuan One K-C kita dalam Membina Kepercayaan, Membuat Keputusan, Menang Secara Konsisten, Memikirkan Pelanggan, Berterusan Meningkat dan Membina Bakat adalah penting untuk kejayaan kita.

Tatakelakuan tidak boleh menerangkan semua undang-undang, peraturan atau dasar Kimberly-Clark yang

dikenakan pada kita atau untuk situasi tertentu. Sebaliknya, Tatakelakuan mewujudkan rangka kerja standard etika yang perlu diikuti pekerja. Standard tersebut sering kali lebih tinggi daripada kewajipan undang-undang minimum. Tatakelakuan ialah panduan rujukan penting bagi kita apabila kita berusaha untuk menjalankan perniagaan kita dalam cara yang beretika dan wajar.

Dalam dunia yang berubah dengan pesatnya, dengan inovasi sebagai kunci kemenangan dalam pasaran, kita mahu pasukan kita mengambil risiko yang bijak untuk mencapai kemenangan. Pada masa yang sama, kita komited terhadap nilai kita, Kelakuan One K-C kita dan melakukan perkara yang betul. Tatakelakuan memberikan arah yang diperlukan oleh pekerja kita.

Sebagai pekerja Kimberly-Clark, membaca dan memahami Tatakelakuan ialah langkah pertama yang penting untuk mengetahui sejarah kita, budaya kita dan harapan kita. Tiada apa yang lebih penting terhadap kejayaan anda di Kimberly-Clark melainkan memahami dan memperlihatkan standard etika yang diterangkan dalam Tatakelakuan kita.

(5)

S.

Negara berbeza mempunyai budaya dan undang-undang berlainan. Adakah Tatakelakuan

dikenakan ke atas semua pekerja seluruh dunia?

J.

Ya. Kelakuan yang dinyatakan dalam Tatakelakuan

dikenakan ke atas semua pekerja di seluruh dunia dengan tanpa mengira lokasi. Jika adat, budaya atau undang-undang tempatan menetapkan standard yang berbeza daripada Tatakelakuan, anda perlu minta bimbingan daripada Jabatan Undang-undang.

S.

Saya nampak ketua pasukan saya melakukan sesuatu yang kelihatan tidak beretika, tetapi saya takut untuk melaporkan pelanggaran yang disyaki. Adakah

saya akan mendapat masalah atau menjejaskan reputasi mereka apabila membuat laporan?

J.

Tidak. Anda tidak akan mendapat masalah atau menjejaskan reputasi ketua pasukan anda hanya dengan membuat laporan. Anda tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas laporan yang dibuat secara jujur, walaupun jika akhirnya ia didapati tidak berasas. Siasatan dilaksanakan secara objektif, adil dan sulit untuk memastikan reputasi pekerja dilindungi. Semua kebimbangan mengenai Tatakelakuan dan laporan tindakan balas akan disiasat dengan sepenuhnya.

KONGSIKAN KEBIMBANGAN ANDA TANPA

MERASA TAKUT

Jika anda menyedari terdapat isu Tatakelakuan, ada banyak sebab anda tidak mahu memberitahu sesiapa. Anda mungkin tidak pasti ia berlaku. Anda mungkin takut “menyebabkan masalah” atau seseorang akan “mengenakan” anda semula. Anda mungkin merasakan ia ialah tanggungjawab orang lain. Namun membuat perkara yang betul bermakna anda bersuara. Jika anda merasa tidak selesa menggunakan nama anda, anda boleh kongsikan kebimbangan anda dengan cara merahsiakan nama anda. Pekerja yang tampil memaklumkan kebimbangan memainkan peranan penting dalam mengekalkan tempat kerja kita yang beretika. Anda mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi maklumat agar syarikat boleh bertindak dengan cepat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Antara cara paling penting anda boleh membuat sesuatu yang berbeza adalah dengan menyedari sebarang aktiviti tidak beretika atau yang melanggar undang-undang dan segera melaporkannya.

DASAR TANPA TINDAKAN BALAS

Syarikat kita komited untuk melindungi hak individu yang melaporkan isu Tatakelakuan dengan niat yang baik. Syarikat kita tidak akan membuat tindakan balas terhadap mereka yang:

• Melaporkan perkara yang dia percaya merupakan pelanggaran Tatakelakuan kita, dasar kita atau undang-undang.

• Membangkitkan soalan pematuhan atau mendapatkan

nasihat tentang amalan, keputusan atau tindakan perniagaan tertentu.

• Bekerjasama dalam siasatan kemungkinan pelanggaran.

Anda tidak akan kehilangan kerja atau faedah anda, atau diturunkan pangkat, digantung kerja, diancam, diganggu atau dibezakan, kerana membangkitkan kebimbangan Tatakelakuan dengan jujur atau sebenarnya terlibat dalam penyiasatan Syarikat. Pekerja yang terlibat sebagai penyiasat bagi sebarang pelanggaran turut dilindungi oleh dasar tanpa tindakan balas ini.

MELAPORKAN SECARA JUJUR

Melaporkan secara jujur bermakna anda percaya bahawa Tatakelakuan telah dilanggar walaupun jika pelanggaran sebenar tidak dapat disahkan. Membuat laporan untuk membuat tindakan balas terhadap individu lain, memperolehi kelebihan dalam konflik peribadi atau untuk mengganggu atau menakut-nakutkan tidak dianggap melaporkan secara jujur. Laporan tidak jujur tentang Tatakelakuan ialah sendirinya merupakan pelanggaran Tatakelakuan. Jika anda percaya bahawa seseorang membuat tindakan balas terhadap anda, sila laporkannya sebagaimana yang anda akan laporkan tentang pelanggaran Tatakelakuan.

(6)

SUMBER UNTUK BERTANYA SOALAN ATAU

MELAPORKAN KEBIMBANGAN

Melaporkan pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki adalah penting agar Syarikat boleh menentukan dengan sewajarnya jika masalah wujud dan perlu dibaiki. Atas sebab itu, kita mempunyai kewajipan untuk melaporkan pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki. Bangkitkan semua kebimbangan kepada peringkat dan fungsi yang sewajarnya menurut

Protokol Pelaporan dan Pencetus Isu Tatakelakuan. Jika anda ingin mengajukan soalan mengenai Tatakelakuan atau anda menyedari terdapat pelanggaran yang disyaki, terdapat beberapa sumber yang tersedia untuk anda.

Ketua pasuKan anda.

YAnda boleh mengajukan pertanyaan dan kebimbangan anda kepada ketua pasukan anda. Jika anda tidak mahu memberitahu ketua pasukan anda mengenai kebimbangan anda, atau jika anda tidak percaya bahawa ketua pasukan anda telah mengambil tindakan yang sewajarnya, anda juga boleh memberitahu:

Ketua pasuKan lain.

Mana-Mana ahli pasuKan KeselaMatan Global. E-mel: global.security@kcc.com

Telefon: +1-888-288-8216 (A.S. dan Kanada) +1-443-716-2301

(Panggilan Pindah Bayaran Antarabangsa) Mel: Kimberly-Clark Corporation

PO Box 619100 Dallas, TX 75261-9100 U.S.J.

Perhatian: Jabatan Keselamatan Global Faks: +1-972-281-1236

Mana-Mana ahli Jabatan undanG-undanG. Anda boleh menghubungi ketua peguam untuk unit perniagaan atau negara anda, atau mana-mana ahli Jabatan Undang-undang di tempat anda bekerja.

anda JuGa boleh MenGhubunGi peJabat peGuaM KiMberly-ClarK di:

Telefon: +1-972-281-1216

Mel: Kimberly-Clark Corporation PO Box 619100

Dallas, TX 75261-9100 U.S.J.

Perhatian: Jabatan Undang-undang Faks: +1-972-281-1492

Ketua peGawai peMatuhan dan etiKa di: Telefon: +1-920-721-6731

Mel: Kimberly-Clark Corporation 2001 Marathon Avenue

Neenah, WI 54956 U.S.A.

Perhatian: Ketua Pegawai Pematuhan dan Etika Faks: +1-920-225-3126

Mana-Mana ahli Jabatan suMber Manusia.

Anda boleh menghubungi wakil Sumber Manusia untuk unit perniagaan atau negara anda.

talian tataKelaKuan.

Talian Tatakelakuan diterangkan secara lebih terperinci pada halaman seterusnya. Anda boleh melaporkan kebimbangan menggunakan Talian Tatakelakuan secara merahsiakan nama. Harap maklum, menurut undang-undang yang berkaitan, Tatakelakuan mungkin tidak tersedia di sesetengah negara.

S.

Saya mempunyai kebimbangan, tetapi ia tidak dibincangkan dalam Tatakelakuan. Adakah itu

bermakna ia tidak menjadi masalah?

J.

Tatakelakuan tidak mungkin menjawab setiap soalan atau situasi etika. Jika sesuatu yang berlaku

(7)

PELANGGARAN AMALAN PERAKAUNAN DAN

KAWALAN DALAMAN

Kegagalan untuk mematuhi amalan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau amalan pengauditan Syarikat mungkin mempunyai kesan yang serius terhadap Kimberly-Clark dan pemegang sahamnya. Jika anda mempunyai kebimbangan berkaitan perkara ini, anda perlu melaporkan kebimbangan anda kepada:

peGuaM

Telefon: +1-972-281-1216

Mel: Kimberly-Clark Corporation PO Box 619100 Dallas, TX 75261-9100 U.S.J. Perhatian: Peguam Faks: +1-972-281-1492 ATAU

penGerusi JawatanKuasa audit Mel: Kimberly-Clark Corporation

PO Box 619100 Dallas, TX 75261-9100 U.S.J.

Perhatian: Setiausaha Korporat Faks: +1-972-281-1578

ATAU

Talian Tatakelakuan

TALIAN TATAKELAKUAN

Bagi memastikan bahawa setiap pekerja boleh melaporkan kebimbangan Tatakelakuan secara merahsiakan nama, Talian Tatakelakuan telah diwujudkan. Talian Tatakelakuan membolehkan anda melaporkan kebimbangan melalui telefon atau Internet. Maklumat anda akan dikumpulkan oleh syarikat profesional yang bebas dari Kimberly-Clark dan juga mengumpulkan laporan Tatakelakuan untuk banyak syarikat-syarikat yang lain.

• Talian ini tersedia 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Anda boleh memberikan laporan anda dalam apa-apa jua

bahasa.

• Anda boleh memberikan laporan anda secara merahsiakan nama jika anda memilih untuk berbuat demikian melalui laporan web.

talian telefon A.S. - +1-800-482-6020

Luar A.S. – lihat senarai nombor dengan mengikuti pautan ini:

Nombor Telefon Global untuk Kebimbangan Tatakelakuan

talian internet

Laman Web untuk Pelaporan Internet tentang Kebimbangan Tatakelakuan

(8)

KEWAJIPAN KETUA PASUKAN DAN MEREKA

YANG MENERIMA LAPORAN KEMUNGKINAN

PELANGGARAN TATAKELAKUAN

Ketua pasukan dan ahli lain yang menerima laporan

kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan memainkan peranan sangat penting dalam menegakkan Tatakelakuan.

Kimberly-Clark menggalakkan ahli pasukan untuk berbincang dengan ketua pasukan mereka tentang kebimbangan mereka. Ketua pasukan dan ahli lain yang menerima laporan kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan perlu bersedia dan mengetahui cara untuk mengendalikan sebarang kebimbangan atau laporan Tatakelakuan. Ketua pasukan perlu:

Pastikan bahawa anda mengetahui dan memahami

Tatakelakuan, serta menunjukkan kelakuan anda selaras dengan Tatakelakuan.

• Bertindak untuk menghentikan pelanggaran Tatakelakuan

atau undang-undang oleh ahli pasukan.

• Biarkan ahli pasukan mengetahui bahawa anda sedia untuk

berbincang tentang kebimbangan mereka.

Ambil serius tentang soalan dan kebimbangan ahli pasukan.

sebaiK sahaJa KeMunGKinan pelanGGaran tataKelaKuan dilaporKan Kepada anda:

• Dapatkan bimbingan pada bila-bila masa sebelum bertindak.

• Bangkitkan semua kebimbangan kepada peringkat dan

fungsi yang sewajarnya menurut Protokol Pelaporan dan Pencetus Isu Tatakelakuan.

• Sokong ahli pasukan yang membangkitkan kebimbangan

secara jujur dan layan mereka dengan rasa hormat.

• Jangan sesekali biarkan ahli pasukan merasakan

kebimbangan mereka diabaikan.

• Pastikan bahawa tiada tindakan balas berlaku terhadap esiapa

yang melaporkan pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki.

PELANGGARAN TATAKELAKUAN

Pelanggaran Tatakelakuan merupakan kesalahan serius. Melanggar Tatakelakuan, dasar atau undang-undang kita mungkin mengakibatkan tindakan disiplin hingga ke pemecatan. Ia semua bergantung pada jenis pelanggaran dan tahap keseriusannya. Apabila pelanggaran Tatakelakuan turut merupakan pelanggaran undang-undang, anda mungkin dikenakan denda, penalti, pendakwaan jenayah atau remedi undang-undang lain yang dikenakan oleh agensi kerajaan atau mahkamah.

(9)

KELAKUAN DENGAN PASUKAN KITA

KEBEBASAN BERPERSATUAN

Kita komited untuk menghormati hak pekerja kita terhadap kebebasan berpersatuan, termasuklah;

• Hak untuk menganjur yang mengikut undang-undang dan amalan kebangsaan.

Hak untuk perundingan bersama melalui wakil pilihan

mereka.

• Hak wakil pilihan mereka untuk mempunyai akses sewajarnya terhadap pekerja kita untuk mewakili mereka.

Hak untuk terlibat dalam aktiviti lain yang dilindungi.Hak untuk menjauhkan diri daripada aktiviti tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Arahan Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan.

KEPELBAGAIAN DAN RANGKUMAN SERTA TIDAK

BERDISKRIMINASI

Kita komited untuk mempunyai tenaga kerja pelbagai yang global melalui peluang pekerjaan yang sama. Kita akan:

Pengambilan, menggalakkan dan menyokong pembangunan

profesional tenaga kerja pelbagai yang global.

• Mengupah pekerja, melatih, menaikkan pangkat dan memberi ganti rugi berdasarkan keupayaan, pencapaian, pengalaman dan kelakuan pekerja tanpa mengira bangsa, etnisiti, warna kulit, jantina, orientasi seksual, umur, agama, pegangan, negara asal, identiti jantina, kekurangan upaya, cuti dilindungi yang sah atau status veteran atau kategori lain yang dilindungi oleh undang-undang yang berkaitan.

• Mengiktiraf dan menggunakan kepelbagaian bakat, keupayaan dan pengalaman setiap individu.

Bersikap terbuka kepada semua perspektif dan membantu

orang lain berasa selesa untuk menyatakan perspektif mereka.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Garis Panduan Kumpulan Sumber Pekerja; Set Alat Kepelbagaian; Laman Utama Kepelbagaian & Rangkuman; Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Arahan Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Dasar Pembangunan dan Kepelbagaian Sumber Manusia; Pernyataan Pendirian Syarikat tentang Gangguan dan Kelakuan Tidak Wajar yang Lain

Kimberly-Clark

per-caya bahawa kejayaan

kita bergantung pada

ke-percayaan dan sikap saling

hormat menghormati. Kerja

berpasukan ialah nilai yang

membimbing kita dalam

setiap perkara yang

kita lakukan.

(10)

S.

Saya terdengar ketua pasukan saya

memberitahu rakan sekerja saya jenaka berkaitan agama yang membuatkan rakan sekerja saya tidak selesa. Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini.

Apakah yang perlu saya lakukan?

J.

Laporkannya. Semua pekerja berhak mendapat

tempat kerja yang mempunyai rakan sekerja dan ketua pasukan yang melayan mereka dengan bermaruah dan rasa hormat. Anda perlu melaporkan perkara tersebut kepada wakil Sumber Manusia anda atau dengan menggunakan Talian Tatakelakuan walaupun anda mungkin berasa tidak selesa

melakukan demikian. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

S.

Saya merasa seperti saya tidak dinaikkan pangkat disebabkan jantina saya. Apakah yang perlu

saya lakukan?

J.

Laporkannya. Dasar Kimberly-Clark memerlukan agar keputusan pekerjaan dibuat tanpa mengambil kira jantina calon. Jika anda merasa anda tidak dilayan dengan adil, anda perlu melaporkan kebimbangan anda. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

HAK ASASI MANUSIA GLOBAL

Kimberly-Clark komited untuk mengiktiraf hak asasi manusia secara global. Kita telah mewujudkan standard tertentu yang direka untuk melindungi hak asasi manusia dan juga mengharapkan pembekal serta rakan kongsi perniagaan kita mematuhi standard ini:

Benarkan kebebasan berpersatuan dan perundingan bersama.Lindungi daripada buruh kanak-kanak.

Lindungi daripada buruh paksa dan penyalahgunaan buruh.Larang diskriminasi.

Patuhi undang-undang jam kerja, gaji dan faedah.Sediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.Lindungi alam sekitar.

Larang rasuah dan sogokan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Pematuhan Sosial; Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Arahan Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Dasar Pembangunan dan Kepelbagaian Sumber Manusia; Pernyataan Pendirian Syarikat tentang Gangguan dan Kelakuan Tidak Wajar yang Lain.

PANDUAN KELAKUAN

Jika anda melihat atau menyedari pembekal atau vendor melanggar mana-mana standard hak asasi manusia, laporkannya

(11)

KESELAMATAN TEMPAT KERJA

Di Kimberly-Clark, kita percaya bahawa kecederaan dan penyakit kerja boleh dicegah dan disingkirkan. Mengelakkan risiko berlaku sebarang jenis kecederaan adalah lebih penting daripada matlamat pengeluaran, penjimatan kos, penjimatan masa atau kelebihan persaingan. Kita komited untuk:

• Memastikan bawah keselamatan adalah teras terhadap nilai penting “Penyayang” kita.

• Menggabungkan kepercayaan kita bahawa semua

kecederaan dan penyakit kerja boleh dicegah ke dalam penyelidikan kita dan aktiviti kejuruteraan, pembangunan produk, pembuatan, penghantaran dan jualan.

• Menyediakan tempat kerja yang menepati atau melebihi

undang-undang dan peraturan keselamatan dan kebersihan pekerjaan yang berkaitan.

• Membentuk standard keselamatan dan kebersihan

pekerjaan serta panduan teknikal berdasarkan amalan baik.

• Berusaha untuk terus meningkatkan prestasi keselamatan

dan kebersihan pekerjaan kita.

• Mengharapkan semua pekerja Kimberly-Clark untuk

menyumbang kepada peningkatan keselamatan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Keselamatan dan Kebersihan Pekerjaan Global (GOSH)

PANDUAN KELAKUAN

Ingat tiga komitmen asas ini untuk keselamatan tempat kerja anda dalam aktiviti harian anda: 1. “Jaga diri anda”.

Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan yang saya anggap tidak selamat atau untuk melaksanakan sebarang tugas yang tidak saya tidak dilatih untuk melakukannya atau tidak mempunyai alat yang sesuai untuk melakukannya.

2. “Jaga rakan sekerja anda”.

Saya akan segera berhadapan dengan sesiapa yang melaksanakan atau akan melaksanakan tindakan atau tugas yang saya anggap tidak selamat dan saya akan menghalang individu yang mahu melaksanakan tugas yang mereka tidak dilatih untuk melakukannya. 3. “Dengar pendapat rakan sekerja anda”.

Saya akan segera hentikan perkara yang saya lakukan sekiranya seseorang berhadapan dengan saya tentang tugas yang saya lakukan. Saya akan menyelesaikan kebimbangan dengan rasa hormat dan kerjasama, meminta bantuan daripada orang lain jika perlu, sebelum meneruskan pekerjaan.

S.

Ketua pasukan saya mencadangkan untuk menggunakan amalan tidak selamat untuk mempercepatkan tertib pengeluaran. Saya tahu matlamat kita adalah sangat penting, tetapi saya tidak merasakan bahawa proses baru itu selamat.

Apakah yang perlu saya lakukan?

J.

Laporkannya. Jangan sesekali menjejaskan keselamatan. Mengelakkan risiko berlaku sebarang jenis kecederaan adalah lebih penting daripada matlamat pengeluaran, penjimatan kos, penjimatan masa atau kelebihan persaingan. Setiap pekerja mempunyai hak untuk menolak melakukan kerja yang secara munasabahnya dianggap berbahaya terhadap kesihatan atau keselamatan peribadi. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

(12)

TEMPAT KERJA YANG PENUH HORMAT

Kita komited untuk memberikan pekerja kita persekitaran kerja yang tidak mempunyai gangguan, intimidasi dan kelakuan tidak wajar yang lain.

Contoh GanGGuan terMasuKlah:

Percubaan gangguan seks yang tidak diingini, permintaan

layanan seks dan sebutan atau kelakuan fizikal lain yang bersifat seksual.

• Perbualan, jenaka, gambar dan komen menyakitkan hati

yang melibatkan bangsa, warna kulit, seks, orientasi seksual, identiti jantina, umur, agama, pegangan, negara asal, kekurangan upaya, status veteran atau kategori dilindungi yang lain.

Contoh KelaKuan tidaK waJar terMasuKlah:

Memekik atau menjerit dengan marah.Memberi gelaran.

Kelakuan tidak senonoh terhadap orang lain.Ugutan dan intimidasi.

Mengusik/mengejek secara terbuka.

Secara sengaja mengecualikan seseorang daripada pasukan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Arahan Dasar Hak Asasi Manusia dalam Pekerjaan; Pernyataan Pendirian Syarikat tentang Gangguan dan Kelakuan Tidak Wajar yang Lain.

KEGANASAN DI TEMPAT KERJA

Kita komited untuk menjadikan tempat kerja bebas keganasan. Setiap individu seharusnya:

• Melaporkan sebarang tindakan, sama ada fizikal atau

psikologi, yang mengancam atau mencederakan pekerja dalam cara yang ganas atau kemungkinan ganas.

• Tidak memiliki atau menggunakan senjata semasa di premis

Syarikat atau di majlis Syarikat.

Sebarang situasi dilaporkan yang mengandungi walaupun sedikit kemungkinan tentang keganasan tempat kerja, walaupun jika ia bermaksud sebagai gurauan, akan disiasat oleh Sumber Manusia dan Keselamatan Global.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Keselamatan Global – Keganasan di Tempat Kerja.

(13)

DADAH DAN ALKOHOL

Kita komited untuk menjadikan tempat kerja bebas dadah.

• Jangan jual, guna atau berada di bawah pengaruh alkohol,

ubat yang tidak ditentukan, narkotik atau sebarang “bahan terkawal” lain seperti yang ditakrifkan oleh statut jenayah semasa di tempat kerja, kecuali untuk menyajikan minuman beralkohol yang berkaitan dengan acara yang dibenarkan.

• Sertai program kesedaran Kimberly-Clark untuk mendidik diri

anda tentang bahaya penyalahgunaan dan ketagihan bahan.

• Hubungi Program Bantuan Pekerja sulit Kimberly-Clark

tempatan jika penyalahgunaan dadah atau alkohol mungkin menjejaskan prestasi kerja anda atau prestasi kerja orang lain.

• Semua pekerja tertakluk kepada pengujian, jika dibenarkan

oleh undang-undang tempatan, jika pekerja kelihatan seakan-akan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol di tempat kerja, atau apabila Syarikat mempunyai sebab untuk mempercayai pekerja telah melanggar dasar ini.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Dasar Alkohol, Dadah dan Bahan Terkawal Lain; Arahan Dasar Alkohol, Dadah dan Bahan Terkawal Lain.

S.

Saya ketua pasukan. Salah seorang ahli pasukan saya dan saya makan malam dengan wakil vendor. Ahli pasukan saya membuat beberapa komen yang menggoda kepada wakil vendor. Saya merasakan ia ialah isu peribadi dan tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Betulkah tindakan saya?

J.

Tidak. Jika anda membenarkan kelakuan ahli

pasukan anda yang tidak wajar, anda memberikan mesej bahawa kelakuan itu diterima. Kelakuan pasukan anda semasa makan malam perniagaan perlu sama seperti kelakuan mereka semasa dalam pejabat. Anda perlu memaklumkan ahli pasukan tentang kelakuan yang sewajarnya.

S.

Saya terdengar rakan sekerja mengugut pekerja lain, yang takut untuk melaporkan kejadian tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan?

J.

Laporkan kejadian dengan segera.

Kimberly-Clark tidak menerima tindakan atau ugutan keganasan dan akan menyiasat semua laporan. Anda mempunyai tanggungjawab untuk bertindak apabila anda mengetahui ugutan atau risiko terhadap mana-mana pekerja kita. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

(14)

PERNIAGAAN KITA

Urus niaga yang jujur menjadi

nilai penting Kimberly-Clark

sejak Syarikat ditubuhkan. Kita

percaya bahawa kejujuran dan

kebolehpercayaan mewujudkan

hubungan yang berpanjangan.

Terdapat banyak cara untuk kita

terus mengamalkan nilai ini dalam

persekitaran hari ini.

KELAKUAN DENGAN ORANG LAIN

PELANGGAN DAN PEMBEKAL

Kita komited terhadap urus niaga yang jujur dengan pelanggan dan pembekal kita.

Jangan mengelirukan, memberi gambaran salah,

memperdayakan atau mengambil kesempatan terhadap pelanggan atau pembekal.

• Jika anda mengetahui tentang sebarang kesilapan,

sama ada ia membantu Kimberly-Clark atau sebaliknya, betulkannya.

• Ikuti proses pembekalan Kimberly-Clark sebelum melantik

pembekal.

• Beli daripada pembekal dan jual kepada pelanggan

berdasarkan pertimbangan perniagaan sewajarnya seperti kualiti, harga, perkhidmatan, kebolehpercayaan, komitmen terhadap sustainabiliti dan hak asasi manusia.

• Semasa membeli barangan atau perkhidmatan bagi pihak

Syarikat, layan semua bakal pembekal dengan adil dan jujur.

• Jangan sesekali nyatakan kepada mana-mana pembekal

bahawa hubungan kita dengan mereka mungkin terpengaruh dengan pemberian peribadi, hadiah atau sumbangan kepada badan amal. (lihat Hadiah, Hiburan dan Pemberian Lain dalam Tatakelakuan ini).

• Jangan tawarkan hadiah, hiburan atau pemberian untuk

memenangi atau mengekalkan perniagaan (lihat Hadiah, Hiburan dan Pemberian Lain dalam Tatakelakuan ini).

• Pembekal Kimberly-Clark perlu mematuhi semua

undang-undang, aturan, peraturan dan keperluan tempatan dan kebangsaan dalam pembuatan serta pengedaran produk dan bekalan kita serta mengikut peruntukan perkhidmatan. Semua kontrak dan pesanan pembelian

(15)

PENGGUNA

Anda tidak boleh sama sekali menjejaskan kualiti atau keselamatan produk.

• Reputasi Kimberly-Clark untuk keselamatan dan kualiti

produk adalah antara aset kita yang paling berharga. Kita komited untuk memberikan produk yang selamat dan memuaskan hati pelanggan kita.

• Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pengguna

menjadi kebimbangan utama kita. Kita akan menepati atau melebihi keperluan undang-undang dan kehendak peraturan serta standard industri untuk keselamatan serta kualiti produk. Kita berusaha setiap hari untuk mendapatkan kepercayaan pengguna kita melalui semua tindakan dan keputusan kita.

• Kita komited untuk menghasilkan produk yang selamat

dan berkualiti tinggi untuk semua jenama kita. Kita mengekalkan kepercayaan pengguna dengan mereka bentuk dan membuat produk yang superior, bermula dengan pembelian bahan mentah kita dan berterusan sehinggalah produk siap yang digunakan oleh pengguna.

• Kita semua memainkan peranan dalam membekalkan

pengguna kita dengan produk yang selamat dan berkualiti tinggi yang mereka harapkan. Ketahui standard, dasar dan prosedur kualiti yang digunakan untuk produk dan aktiviti di lokasi anda.

• Jangan sama sekali lakukan apa-apa yang boleh merosakkan

kepercayaan yang pengguna kita letakkan pada kita atau yang boleh menjejaskan kualiti atau keselamatan produk kita.

• Jika anda melihat sesuatu yang boleh memberi kesan

negatif terhadap kualiti atau keselamatan produk Kimberly-Clark, nyatakan dan laporkannya dengan segera kepada ketua pasukan atau fasiliti anda, unit perniagaan atau kepada jabatan kualiti/keselamatan produk korporat.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Dasar Kualiti Produk dan Perkhidmatan Syarikat; Arahan Dasar Kualiti Produk dan Perkhidmatan Syarikat; Dasar Keselamatan Produk dan Perkhidmatan Syarikat; Arahan Dasar Keselamatan Produk dan Perkhidmatan Syarikat; Sistem Pengurusan Kualiti.

PRIVASI DATA PENGGUNA DAN PEKERJA

Sebagai sebahagian daripada kerja harian kita, kebanyakan kita mempunyai akses untuk maklumat yang boleh mengecam pekerja dan pengguna produk kita secara peribadi. Undang-undang di seluruh dunia mengenakan tanggungjawab ke atas Syarikat dan pekerja kita untuk melindungi serta menggunakan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi dengan cara yang mematuhi undang-undang. Kegagalan untuk memenuhi tanggungjawab kita boleh mengakibatkan kerajaan mengambil tindakan, menjejaskan reputasi kita, kemungkinan tuntutan mahkamah, denda dan penalti. Maklumat ini perlu dikekalkan, dipastikan sulit dan digunakan mengikut terma Dasar Korporat dan Arahan Dasar Privasi Data.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya lihat Dasar Privasi Data dan Arahan.

S.

Kita menerima bahan mentah pada tertib pengeluaran kita. Bahan tersebut tidak kelihatan seperti bahan yang biasa saya gunakan; saya rasa ia mungkin tercemar. Ketua pasukan saya berkata bahawa kita terburu-buru untuk membuat pesanan ini dan saya tidak perlu bimbang dan gunakannya sahaja. Apakah yang perlu saya lakukan?

J.

Hentikan dan Laporkannya. Jangan sama

sekali lakukan apa-apa yang anda percaya boleh menjejaskan kualiti atau keselamatan produk kita. Mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap kita adalah lebih penting daripada matlamat pengeluaran atau penjimatan masa. Hentikan perkara yang anda lakukan dan hubungi ketua kualiti fasiliti anda untuk menentukan sama ada bahan selamat dan menepati spesifikasi kualiti kita atau tidak. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

(16)

MEDIA SOSIAL

Ruang media sosial ialah kaedah penting dalam komunikasi peribadi dan perniagaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan membuat pertimbangan semasa menyiarkan atau berkongsi apa jua maklumat dalam talian.

• Privasi tidak sepatutnya dijangkakan jika anda menyertai

sosial media semasa bekerja atau semasa menggunakan peralatan Kimberly-Clark.

• Hanya pekerja dibenarkan sahaja boleh menggunakan

media sosial bagi pihak Kimberly-Clark. Jika anda tidak dibenarkan, anda perlu menjelaskan semasa memaparkan bahawa anda ialah pekerja Kimberly-Clark dan menjelaskan bahawa sebarang pendapat yang diberikan ialah pendapat anda sendiri dan bukannya pendapat Kimberly-Clark.

• Berhati-hati agar jangan sama sekali mendedahkan

maklumat sulit atau proprietari Kimberly-Clark, termasuklah rahsia perdagangan, hak milik intelektual dan maklumat berhak cipta atau dengan tanda perniagaan, semasa menggunakan media sosial (atau sebaliknya).

• Bersopan-santun, menghormati dan gunakan pertimbangan

yang baik dalam perkara yang anda nyatakan dalam talian. Jangan sama sekali memaparkan apa-apa maklumat yang merupakan fitnah, berdiskriminasi, mengganggu atau tindakan balas.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang memaparkan apa-apa maklumat dalam talian, anda boleh menghubungi ketua pasukan anda, Sumber Manusia atau Jabatan Undang-undang untuk mendapatkan bantuan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Garis Panduan Media Sosial Kimberly-Clark.

PERSAINGAN

Kita komited terhadap persaingan saksama yang mematuhi undang-undang antitrust (juga dipanggil undang-undang persaingan) dalam setiap negara, negeri dan kawasan di tempat kita menjalankan perniagaan. Kita bersaing secara sengit dan beretika dengan membuat keputusan bebas tentang cara bersaing yang tidak melayan pelanggan dengan tidak adil atau menjejaskan persaingan bebas dalam pasaran.

pemasaran seperti harga, terma jualan, rancangan perniagaan, margin, kos, tawaran harga, kapasiti pengeluaran, tingkat inventori, promosi perdagangan atau diskaun.

• Jangan sama sekali bersetuju dengan pesaing untuk

menetapkan harga, menghadkan pengeluaran atau jualan atau membahagikan kawasan, pelanggan atau pembekal.

• Dalam keadaan yang kita mempunyai kuasa pasaran ketara,

kita tidak boleh menyalahgunakan kuasa tersebut dengan memonopoli, mengikat (menjual produk hanya jika pembeli membeli produk kedua), mendiskriminasi harga secara tidak wajar di antara pelanggan penjual yang bersaing, meletakkan harga kurang daripada kos kita atau enggan untuk membekalkan.

• Jangan minta pelanggan kita untuk menjual produk kita

pada harga yang kita tetapkan. Kita boleh mencadangkan harga jualan semula, tetapi kita tidak boleh memaksa mana-mana pelanggan untuk menggunakannya.

• Jangan bersetuju dengan syarikat lain untuk memboikot

pembekal atau pelanggan.

• Hubungi Jabatan Undang-undang untuk mendapatkan

panduan khusus tentang undang-undang dalam negara anda dan untuk melaporkan semua perbualan tidak wajar dengan pesaing.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Garis Panduan Media Sosial Kimberly-Clark.

S.

Semasa berbual dengan rakan yang pernah bekerja di Kimberly-Clark, saya dapati dia kini bekerja untuk pesaing. Dia bertanya kepada saya tentang pengenalan produk terbaru dan harga promosi, serta menawarkan untuk berkongsi rancangan pemasaran dan harga syarikatnya dengan saya. Adakah

perbualan ini dibenarkan?

J.

Tidak, anda perlu menamatkan perbualan dan

menghubungi Jabatan Undang-undang serta-merta. Anda perlu melaksanakan langkah berjaga-jaga setiap kali anda mendapati diri anda bertemu dengan pesaing

(17)

MAKLUMAT PERSAINGAN

Dalam urusan perniagaan biasa, maklumat berkenaan syarikat lain, termasuk pelanggan, pembekal dan pesaing akan sentiasa diperolehi. Terdedah kepada maklumat persaingan jenis ini adalah sebahagian daripada persekitaran perniagaan yang berdaya saing. Bagaimanapun, terdapat had undang-undang dan etika bagi memperolehi maklumat persaingan:

• Kita tidak boleh cuba memperolehi maklumat melalui cara yang tidak wajar, seperti melalui sogokan atau memasang perisik pada pesaing kita.

• Kita tidak boleh menggaji pekerja pesaing untuk

mendapatkan maklumat sulit atau menggalakkan pekerja pesaing untuk mendedahkan maklumat sulit tentang majikan mereka.

• Jika ditawarkan maklumat tentang pesaing yang anda

percaya mungkin adalah sulit, anda perlu tanya sama ada ia adalah sulit dan cara ia diperolehi. Jika anda tidak pasti sama ada maklumat diperolehi secara wajar atau sebaliknya, hubungi Jabatan Undang-undang.

• Jika bahan yang ditawarkan merupakan bahan bertulis

dan mempunyai pengelasan seperti “rahsia,” “sulit” atau “proprietari” atau jika anda sebaliknya menentukan bahawa ia adalah sulit, anda tidak harus menerimanya, segera buat nota tentang perkara yang berlaku dan kemudian hubungi Jabatan Undang-undang.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara berikut: Percanggahan Kepentingan, Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Percanggahan Kepentingan, Arahan Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Standard Teknologi

Maklumat Global; Pusat Maklumat Persaingan K-C; Perjanjian Kerahsiaan-Bukan Pengumpanan; Dasar Pentadbiran Rekod; Kawalan Akses; Maklumat Proprietari.

S.

Saya terdengar tentang pertemuan yang diadakan oleh pesaing di pameran perdagangan yang saya akan hadiri. Rasanya mereka mungkin tidak akan membenarkan saya menghadirinya jika mereka tahu saya daripada Kimberly-Clark. Bolehkah saya

pergi jika saya menyamar sebagai pelanggan?

J.

Tidak. Mendapatkan maklumat tentang pesaing

dengan menyamar identiti anda sememangnya tidak wajar. Mengumpulkan maklumat tentang pesaing ialah aktiviti perniagaan sah apabila dilakukan dengan mengikut undang-undang dan dengan beretika. Anda juga perlu merujuk Jabatan Undang-undang sebelum bertemu dengan pesaing, kerana sebarang interaksi mungkin menimbulkan kebimbangan antitrust.

S.

Untuk membantu saya melakukan kerja yang lebih baik di Kimberly-Clark, saya menyimpan beberapa dokumen yang saya gunakan di tempat majikan terdahulu saya yang menerangkan pelbagai proses yang mereka gunakan. Bolehkah saya

gunakannya di Kimberly-Clark?

J.

Bergantung pada keadaan. Jika dokumen itu

mengandungi maklumat sulit atau proprietari, anda tidak boleh gunakannya atau kongsikannya dengan Kimberly-Clark. Kimberly-Clark mengharapkan semua pekerjanya menghormati perjanjian kerahsiaan atau kewajipan kerahsiaan lain terhadap majikan mereka yang terdahulu. Jika anda tidak pasti, periksa dengan majikan terdahulu anda dan jika anda masih tidak pasti, bincang dengan Jabatan Undang-undang sebelum menerima, menggunakan atau berkongsi maklumat yang disyaki.

(18)

ALAM SEKITAR

Kimberly-Clark komited untuk mengendalikan perniagaannya dalam cara yang melindungi alam sekitar dan menggalakkan penggunaan sumber semula jadi yang berkekalan. Setiap individu seharusnya:

• Tahu dan patuhi undang-undang serta peraturan yang dikenakan.

• Tahu dan patuhi semua dasar Kimberly-Clark yang

mengandungi Perlindungan Alam Sekitar, Pengurangan Sisa dan Penghapusan Tanah Timbus serta Kecekapan Tenaga dan Pengurangan Gas Rumah Hijau dan standard yang digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan.

• Sokong penggunaan sumber alam sekitar yangberkekalan

termasuklah pemuliharaan air, pengurangan dan

penggunaan semula atau kitar semula sisa yang bermanfaat dan penjimatan tenaga. Kita menilai prestasi secara berkala dalam bidang ini dan membentuk pelan tindakan untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan alam sekitar dan untuk mengurangkan penggunaan sumber alam sekitar.

Semua pekerja diharap akan berkelakuan sebagai

warganegara yang bertanggungjawab dan pemelihara alam sekitar dengan mematuhi undang-undang, peraturan dan standard berkaitan alam sekitar.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Dasar Perlindungan Alam Sekitar; Arahan Perlindungan Biosfera; Dasar Pengurangan Sisa dan Penghapusan Tapak Pelupusan; Dasar Kecekapan Tenaga dan Pengurangan Gas Rumah Hijau; Dasar Perolehan Fiber; Arahan Dasar Perolehan Fiber dan Laman SharePoint Kelestarian Global.

KERAJAAN

Sebagai sebuah syarikat global, Kimberly-Clark tertakluk kepada undang-undang semua negara di mana kita beroperasi. Kita komited untuk mematuhi semua

undang-Di samping itu:

• Berhati-hati agar anda tidak bercakap atau bertindak bagi

pihak Kimberly-Clark melainkan jika anda telah diberi kuasa untuk berbuat demikian.

• Jika anda dihubungi oleh seorang pegawai kerajaan

berkaitan dengan kerja anda, atau diminta untuk

memberikan maklumat berhubung dengan pertanyaan atau siasatan agensi kerajaan, anda perlu menghubungi Jabatan Undang-undang atau kakitangan hal ehwal peraturan untuk mendapatkan nasihat.

• Jangan hubungi jabatan kerajaan atau kakitangan

untuk mempengaruhi undang-undang, peraturan atau membuat keputusan bagi pihak Kimberly-Clark tanpa berunding dengan Jabatan Undang-undang. Banyak negara mempunyai undang-undang yang mengawal atur malah melarang aktiviti tersebut (lihat Hadiah, Hiburan dan Pemberian Lain dalam Tatakelakuan ini).

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Pernyataan Awam dengan Dasar Implikasi Korporat; Pernyataan Awam dengan Arahan Dasar Korporat; Dasar Antirasuah; Arahan Dasar Antirasuah.

S.

Saya telah melihat aktiviti di Kimberly-Clark yang boleh menjejaskan alam sekitar atau mewujudkan bahaya pada alam sekitar. Apakah yang perlu saya

lakukan?

J.

Laporkan kepada ketua pasukan anda. Jika

anda menyedari sebarang kemungkinan pelanggaran undang-undang atau dasar atau prosedur syarikat, tanggungjawab anda adalah untuk melaporkannya. Kejadian atau keadaan akan disiasat dan, jika perlu, diperbetulkan. Sumber untuk Bertanya Soalan atau Melaporkan Kebimbangan

(19)

MENJALANKAN

PERNIAGAAN DI

PERINGKAT ANTARABANGSA

Sebagai sebuah syarikat global yang

sering memindahkan orang, produk,

teknologi, perisian, maklumat, wang dan

peralatan serta alat ganti merentasi

sempadan negara, kita komited untuk

mematuhi semua undang-undang

dan peraturan tanpa mengira

tempat kita berada.

Jika anda terlibat dalam memindahkan orang, produk, teknologi, perisian, maklumat, wang atau peralatan merentasi sempadan:

• Anda harus mengetahui dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan import/eksport yang berkenaan.

• Anda tidak harus terlibat dalam sebarang kelakuan yang

dilarang.

• Anda mesti melaporkan semua permintaan berkaitan

dengan boikot kepada Jabatan Undang-undang.

Hubungi Jabatan Undang-undang atau Jabatan Eksport untuk panduan terkini jika anda tidak pasti tentang kewajipan anda.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Manual Kawalan Eksport dan Sekatan Ekonomi Kimberly-Clark; Pengelasan Alat Penjagaan Kesihatan; Alat Pengelasan Pengguna; Alat Pengelasan Bukan Tenunan; Alat Pengelasan Profesional; Senarai Pemantauan Kawalan Eksport Teknologi Maklumat; Manual Antiboikot Kimberly-Clark; dan Program Keselamatan Rangkaian Bekalan.

S.

Kita sedang memulakan laman web e-dagang yang baru untuk menjual produk terus kepada pengguna. Untuk mengurus pangkalan data maklumat pengguna kita dengan cekap, kita ingin mendapatkan khidmat pembekal perkhidmatan yang berada di negara lain. Adakah ini menjadi masalah?

J.

Bergantung pada keadaan. Berunding dengan

Jabatan Undang-undang. Jika pangkalan data yang mengandungi maklumat pengguna akan dikongsi dengan pembekal perkhidmatan dari negara lain, isu privasi data mungkin wujud. Negara/wilayah yang berlainan mempunyai struktur kawal atur yang berbeza bagi memastikan privasi maklumat peribadi dikekalkan. Di sesetengah negara, kita mungkin akan melanggar peraturan privasi jika mengeksport data pengguna dari satu negara ke negara lain.

(20)

MAKLUMAT DAN SUMBER SYARIKAT

Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi sumber Syarikat dan mengelakkan konflik kepentingan dengan Syarikat.

KONFLIK KEPENTINGAN

Apabila menjalankan perniagaan Syarikat, kita semua

mempunyai tanggungjawab untuk bertindak demi kepentingan Syarikat yang terbaik dan mengelakkan konflik kepentingan yang sebenar, berpotensi atau yang dianggap sepertinya. Konflik kepentingan timbul apabila kepentingan peribadi, aktiviti atau hubungan mengganggu objektiviti dan kesetiaan kita kepada Kimberly-Clark. Beberapa konflik kepentingan adalah ketara, seperti bayaran sogokan untuk menawarkan perniagaan Kimberly-Clark kepada vendor. Konflik kepentingan lain mungkin kurang ketara, seperti menjalankan perniagaan dengan syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga terdekat walaupun syarikat tersebut kelihatan menawarkan nilai yang terbaik. Sebarang kebimbangan anda mengenai konflik kepentingan yang sebenar, berpotensi atau yang dianggap sepertinya perlu dibincangkan dengan ketua pasukan anda atau Jabatan Undang-undang. Setiap individu seharusnya:

• Mengelakkan tindakan yang mewujudkan, atau kelihatan mewujudkan – konflik kepentingan dengan Syarikat.

• Jangan sesekali gunakan kedudukan kita di Kimberly-Clark

untuk keuntungan peribadi yang tidak wajar.

• Jika anda berasa bahawa anda, ahli keluarga, lain-lain

pekerja Kimberly-Clark atau rakan perniagaan Kimberly-Clark mempunyai konflik kepentingan yang sebenar, berpotensi atau dianggap sepertinya, hubungi ketua pasukan anda atau Jabatan Undang-undang dan minta hubungan tersebut dikaji semula.

Berikut adalah beberapa contoh konflik kepentingan yang

• Anda atau saudara terdekat memiliki perniagaan yang

berniaga dengan Kimberly-Clark.

• Anda mempunyai pekerjaan luar atau kepentingan perniagaan

yang mengganggu keupayaan anda untuk melakukan kerja di Kimberly-Clark (contohnya anda menghabiskan masa Kimberly-Clark untuk pekerjaan luar anda).

• Anda menjalankan perniagaan untuk faedah peribadi anda

(bukan untuk Kimberly-Clark) dengan mana-mana vendor, pembekal, pelanggan atau kontraktor Kimberly-Clark.

KepentinGan KewanGan

• Anda atau saudara terdekat mempunyai pelaburan atau kepentingan kewangan dalam pembekal milik persendirian, pesaing atau pelanggan Kimberly-Clark.

• Anda atau ahli keluarga memegang lebih daripada 1%

saham bagi mana-mana pesaing, pembekal atau pelanggan Kimberly-Clark.

S.

Seorang rakan saya yang merupakan pemilik vendor Kimberly-Clark telah meminta saya melabur dalam syarikat beliau. Bolehkah saya membuat

pelaburan ini dengan syarat saya mengisytiharkan kepentingan saya kepada Kimberly-Clark?

J.

Tidak. Melabur dalam vendor Kimberly-Clark

merupakan konflik kepentingan dan mendedahkan kepentingan anda tidak menyingkir konflik ini.

S.

Vendor telah menjemput saya berucap pada salah satu mesyuarat mereka. Adakah ini

dibenarkan?

(21)

PANDUAN KELAKUAN

Jangan hantar gambar proses, peralatan atau jentera Syarikat kepada pihak ketiga melalui e-mel tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Berikut adalah beberapa contoh konflik kepentingan yang sebenar atau berpotensi:

perKhidMatan awaM

• Anda menjadi sukarelawan badan amal jariah atau lain-lain organisasi yang sedang mempertimbangkan isu melibatkan Kimberly-Clark.

• Anda mengumpul wang untuk kebajikan semasa waktu

bekerja (kecuali jika ditaja oleh Kimberly-Clark).

• Anda meminta pelanggan atau pembekal membuat

sumbangan amal jariah (kecuali jika ditaja oleh Kimberly-Clark).

• Anda diminta oleh pelanggan atau pembekal untuk

membuat sumbangan amal jariah (kecuali jika ditaja oleh Kimberly-Clark).

uCapan dan peMbentanGan

• Anda ditawarkan bayaran untuk ucapan atau

pembentangan luar yang berkaitan dengan kerja anda di Kimberly-Clark.

hubunGan peribadi

• Anda menyelia atau diselia oleh saudara terdekat atau rakan kongsi.

• Anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil saudara

terdekat atau rakan kongsi sebagai pekerja atau kontraktor.

leMbaGa penGarah

• Anda sedang mempertimbangkan untuk menerima pelantikan Lembaga Pengarah tetapi anda khuatir komitmen tersebut boleh mengganggu kerja anda.

• Anda berada dalam Lembaga Pengarah yang sedang

mempertimbangkan keputusan yang boleh menjejaskan Kimberly-Clark.

hubunGan politiK

• Anda menjalankan kempen politik semasa waktu bekerja.

• Anda menyatakan pandangan politik dalam persekitaran

yang pendengar anda mungkin beranggapan bahawa anda bercakap bagi pihak Kimberly-Clark.

• Anda membuat sumbangan atau pembayaran kepada parti

olitik atau calon bagi pihak Kimberly-Clark.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Dasar Konflik Kepentingan, Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Arahan Dasar Konflik Kepentingan, Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Manual Pengurusan Sumber & Bekalan

S.

Abang saya ialah kontraktor elektrik dan berada berhampiran dengan salah satu daripada kilang kita. Beliau mahu menyediakan perkhidmatan kepada kilang. Adakah beliau dibenarkan untuk

melaksanakan perkhidmatan di fasiliti Kimberly-Clark?

J.

Bergantung pada keadaan. Abang anda

boleh berjumpa dengan Kimberly-Clark untuk menawarkan perkhidmatan beliau selagi anda tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan perkhidmatan ini dan anda tidak terlibat dalam proses pemilihan. Syarikat beliau perlu melalui proses pemilihan yang diwujudkan dan memenuhi kriteria Kimberly-Clark. Anda perlu memberitahu ketua pasukan anda tentang situasi sedemikian.

S.

Isteri saya memiliki sebuah syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan logistik selama bertahun-tahun kepada Kilang di mana saya ialah pengurus pembelian. Saya memberitahu Kimberly-Clark tentang perkara ini semasa saya mula-mula menyertai Kimberly-Clark dan diberitahu bahawa ia tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun dalam 2 tahun kebelakangan ini perniagaan isteri saya telah berkembang dengan ketara dan kini syarikat beliau menyediakan 70% daripada perkhidmatan logistik Kilang. Adakah ini masih dibenarkan?

J.

Bergantung pada keadaan. Terdapat konflik

kepentingan yang ketara di sini yang boleh memudaratkan Kimberly-Clark. Anda perlu mendapatkan panduan lanjut daripada Jabatan Undang-undang.

(22)

MAKLUMAT SULIT

Perniagaan kita beroperasi di pelbagai pasaran yang kompleks dan berdaya saing. Setiap pekerja perlu sedar bahawa maklumat sulit dan rahsia perdagangan mestilah dilindungi sama seperti mereka melindungi aset Syarikat yang lain. Maklumat sulit perlu disimpan dengan ketat dan penjagaan yang munasabah perlu dilaksanakan dalam mengurus maklumat sedemikian bagi mengelakkan pendedahan yang tidak sengaja atau tidak wajar.

Kita komited untuk melindungi maklumat sulit. Dalam menjalankan kerja, ramai di antara kita mempunyai capaian kepada maklumat sulit, termasuk:

• Rancangan perniagaan, termasuk potensi pengambilalihan atau pelupusan.

• Strategi penetapan harga.

• Maklumat kewangan.

• Penggunaan paten atau tanda dagangan.

• Pembangunan produk atau penyelidikan dan maklumat

pembangunan.

• Maklumat pekerja dan gaji.

• Kaedah pembuatan.

Jangan dedahkan sebarang maklumat sulit perniagaan kepada sesiapa sahaja di luar Syarikat, walaupun kepada ahli keluarga anda sendiri, melainkan jika pendedahan itu adalah bagi tujuan perniagaan yang sah, dibenarkan dengan cara betul, termasuk jika perlu, tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan bertulis. Maklumat ini tidak boleh digunakan dalam apa jua cara selain daripada melaksanakan tugas dalam pekerjaan. Walaupun di dalam Syarikat dan di kalangan rakan sekerja anda, maklumat sulit hanya boleh dikongsi setakat keperluan untuk tahu.

Mendedahkan maklumat sulit di luar Syarikat seperti pengambilalihan, penarikan balik produk, perubahan

• Berhati-hati apabila membincangkan perniagaan syarikat di tempat awam, seperti di dalam lif, pesawat dan restoran, serta semasa menggunakan telefon bimbit.

• Jangan gunakan komputer “laptop” anda semasa dalam

pesawat untuk melakukan tugas Syarikat jika seseorang boleh melihat skrin anda.

• Rujuk sebarang pertanyaan daripada para pelabur,

penganalisis dan media kepada Komunikasi Korporat atau Perhubungan Pelabur.

• Rujuk pertanyaan luar yang kelihatan seperti meminta

maklumat sulit kepada Jabatan Keselamatan Global.

• Jangan benarkan sesiapa memasuki fasiliti Syarikat tanpa

kebenaran bertulis yang sepatutnya.

• Jangan gunakan maklumat bukan awam berkaitan

Kimberly-Clark untuk berdagang dalam saham atau sekuriti.

• Tanyakan Jabatan Undang-undang jika anda ada sebarang

soalan tentang kewajaran untuk membeli atau menjual saham Syarikat.

Alat media seperti laman rangkaian sosial, blog atau Wikipedia tertakluk kepada peraturan yang sama seperti komunikasi yang lain. Jangan paparkan sebarang maklumat mengenai pengambilalihan, penarikan balik produk, perubahan organisasi, hubungan dengan pelanggan atau vendor, maklumat kewangan, maklumat peribadi pekerja (alamat, nombor telefon, nombor pekerja, dll.) kerana apabila dipaparkan, ia boleh tersedia kepada sesiapa sahaja di dunia, termasuk pesaing kita walaupun siaran tersebut dipadam selepas itu. Anda harus menganggap bahawa Maklumat Syarikat adalah sulit melainkan anda pasti bahawa Syarikat telah mengumumkan maklumat kepada umum. Di samping itu, semua fail, rekod dan laporan yang dibuat atau diperolehi semasa menjalankan kerja ialah hak milik Syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Prosedur Perdagangan Orang Dalam; Pernyataan Awam dengan Dasar Implikasi Korporat; Pernyataan Awam dengan Arahan Dasar Implikasi Korporat; Dasar Kontrak;

(23)

PANDUAN KELAKUAN

Berhati-hati dengan apa yang anda kongsi di luar Kimberly-Clark. Walaupun berkongsi nama rakan sekerja, nombor telefon dan alamat e-mel, dalam beberapa keadaan ia mungkin tidak wajar. Ia boleh memudaratkan syarikat, mewujudkan masalah undang-undang dan juga boleh memudaratkan rakan sekerja anda. Hubungi Jabatan Undang-undang sebelum membawa sebarang maklumat

Kimberly-Clark yang berpotensi sulit ke luar Syarikat.

S.

Saya mempunyai blog peribadi yang merupakan tempat saya berkongsi buah fikiran dan perasaan saya dengan rakan. Apakah yang perlu saya

pertimbangkan sebelum memasukkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kerja?

J.

Berhati-hati. Alat media seperti blog, Wikipedia dan laman rangkaian tertakluk kepada peraturan yang sama seperti komunikasi yang lain. Jangan dedahkan sebarang maklumat sulit perniagaan. Contohnya, jangan tulis tentang pengambilalihan, penarikan balik produk, perubahan organisasi, hubungan dengan pelanggan atau vendor, maklumat kewangan, maklumat peribadi pekerja (alamat, nombor telefon, nombor pekerja), atau sebarang maklumat sensitif atau sulit.

S.

Baru-baru ini, saya telah membuat

pembentangan kepada pihak pengurusan kanan mengenai potensi pengambilalihan syarikat.

Pasukan projek telah meminta agar saya meletakkan pembentangan ini di laman SharePoint. Adakah ini

dibenarkan?

J.

Berhati-hati. Sebelum meletakkan maklumat

sulit di laman SharePoint, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa capaian adalah terhad supaya ia hanya boleh dilihat oleh pasukan projek dan kakitangan yang dibenarkan. Jika anda pernah mencapai maklumat di laman SharePoint yang anda percaya perlu dihadkan, anda perlu segera memaklumkan Jabatan Undang-undang.

(24)

PENGGUNAAN SUMBER SYARIKAT

Kita komited untuk melindungi sumber di dalam kawalan kita. Sumber syarikat termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

• Peralatan, jentera, alatan dan alat ganti.

• Inventori produk dan bekalan.

• Telefon, mesin fotokopi dan faks.

• Komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, pencetak

dan sumber teknologi yang lain.

• Sistem dan alat capaian e-mel dan Internet.

• Maklumat sulit dan rekod.

• Reka cipta dan idea.

• Tanda dagangan, hak cipta dan paten.

• Rahsia perdagangan dan pelan.

• Pendapatan belum terima.

• Hubungan perniagaan.

• Reputasi.

setiap individu Mesti:

• Menggunakan sumber Syarikat dengan bertanggungjawab bagi memastikan ia tidak disalahgunakan atau dibazirkan, selalu menghormati dan melindungi reputasi syarikat.

• Mengurus belanjawan, perbelanjaan dan dana lain

dengan tepat.

• Ikuti peraturan perjalanan dan dasar perbelanjaan

Kimberly-Clark yang direka untuk memaksimumkan kecekapan dan mengurangkan kos.

• Berikan perhatian kepada prosedur keselamatan dan

berwaspada dengan situasi yang boleh membawa kepada kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan sumber Syarikat.

• Pastikan kegunaan peribadi ke atas sumber Kimberly-Clark

adalah minimum. Penggunaan komputer sekali-sekala bagi tujuan peribadi untuk e-mel atau melayari web, mesin

• Hanya perisian berlesen sahaja boleh digunakan pada

omputer dan peranti mudah alih Kimberly-Clark. Perisian tidak boleh disalin dari peranti ke peranti kecuali lesen perisian membenarkannya.

• Gunakan aset Syarikat dengan cermat dan elakkan sebarang

penggunaan yang mungkin membawa kepada kerugian atau kerosakan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Arahan Kewangan Korporat (CFI); Dasar Penggunaan Internet yang Boleh Diterima; Dasar E-mel; Garis Panduan E-mel; Dasar Sumber Sistem Maklumat; Dasar Idea Tanpa Diminta; Garis Panduan Perlindungan Harta Benda dan Aset; Prosedur Keselamatan; Pernyataan Akauntabiliti; Dasar Privasi Data; Piawaian IT Global.

S.

Saya baru saja mendapat e-mel daripada ketua pasukan saya yang mempersendakan wajah pekerja lain. Saya fikir ia lucu dan saya hantar kepada beberapa orang dalam senarai kenalan saya. Adakah

saya menyalahgunakan sumber syarikat hanya dengan menghantar e-mel tersebut?

J.

Ya. Menghantar atau memajukan e-mel dengan

kandungan atau gurauan yang tidak sesuai adalah menyalahgunakan sumber, maka ia melanggar Tatakelakuan. Jika anda menerima e-mel sebegini, padamkannya. Dan jika anda selesa untuk bercakap mengenainya dengan ketua pasukan, berikan maklum balas dan minta mereka menghentikan penghantaran e-mel sedemikian.

S.

Saya melakukan kerja sukarelawan untuk sebuah hospital tempatan. Setiap bulan mereka memerlukan saya membuat salinan risalah. Saya

membawa kertas saya sendiri dari rumah, bolehkah saya menggunakan peralatan pejabat?

(25)

HADIAH, HIBURAN DAN PEMBERIAN LAIN

Menerima atau memberi hadiah, hiburan dan pemberian lain boleh mewujudkan konflik kepentingan yang berpotensi, dianggap sepertinya atau sebenar malah melanggar undang-undang tempatan. “Hadiah, hiburan dan pemberian lain” bermaksud apa sahaja yang bernilai. Contoh sebegini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: makan, penginapan, diskaun, hadiah, perjalanan, tiket, wang dalam apa jua bentuk, saham atau produk Kimberly-Clark. Anda boleh mengetahui jumlah maksimum hadiah, hiburan dan pemberian lain yang anda boleh diterima atau diberi, dalam dasar tempatan wilayah anda.

MeneriMa hadiah, hiburan dan peMberian

Dalam menjalankan kerja anda untuk Kimberly-Clark, anda mungkin ditawarkan hadiah, hiburan atau pemberian lain daripada pelanggan, pembekal, vendor atau kenalan perniagaan yang lain. Walaupun anda mungkin merasakan bahawa

menerima perkara sedemikian tidak akan mempengaruhi tingkah laku anda, ia boleh menyebabkan sesetengah orang merasakan bahawa mereka perlu melakukan sesuatu sebagai balasan. Ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk membuat keputusan perniagaan yang objektif untuk kepentingan Kimberly-Clark yang terbaik. Untuk mengelakkan situasi sedemikian, anda perlu mematuhi garis panduan berikut:

Secara umum, satu-satunya jenis hadiah atau hiburan yang boleh anda terima daripada seseorang yang telah menjalankan atau mungkin menjalankan perniagaan dengan Kimberly-Clark ialah:

Hadiah yang rendah nilainya, seperti pen, kalendar atau

item promosi kecil yang berkaitan dengan perniagaan.

• Makan sekali-sekala bersama kenalan perniagaan pada

harga yang berpatutan.

• Kehadiran sekali-sekala pada acara sukan, teater atau acara

kebudayaan yang lain bersama kenalan perniagaan.

Jika anda tidak pasti sama ada hadiah, makan atau acara wajar untuk diterima, sila bincangkan hal ini dengan Ketua Pasukan anda atau hubungi Jabatan Undang-undang.

setiap individu tidaK boleh:

• Menerima apa jua pemberian daripada kenalan perniagaan jika anda berasa anda perlu melakukan atau berjanji untuk melakukan sesuatu sebagai balasan.

• Menerima apa jua pemberian sebagai balasan untuk

memberikan perniagaan Kimberly-Clark kepada seseorang.

Jika anda menerima apa jua pemberian yang tidak selaras dengan garis panduan ini, anda perlu mengembalikannya dan menjelaskan bahawa dasar syarikat tidak membenarkan anda menerimanya. Jika dengan mengembalikannya akan melanggar adat resam mereka, bincangkan dengan ketua pasukan atau Sumber Manusia tentang mendermakannya kepada badan amal atau penyelesaian yang lain. Jika anda tidak pasti sama ada hadiah, hiburan atau pemberian yang ditawarkan kepada anda melanggar garis panduan atau dasar tempatan anda, beritahu ketua pasukan anda atau Jabatan Undang-undang.

S.

Saya menawarkan tiket yang mahal kepada vendor untuk Piala Dunia yang ditanggung oleh Kimberly-Clark, kemudian saya menerima tiket yang lebih mahal untuk Sukan Olimpik daripada vendor yang sama. Adakah ini dibenarkan?

J.

Tidak. Kedua-duanya adalah salah. Anda tidak

sepatutnya menawarkan hadiah yang mahal kepada vendor dan oleh kerana anda telah menawarkan hadiah yang mahal tersebut ia tidak bermakna anda boleh menerima hadiah yang lebih mahal.

S.

Seorang vendor yang ingin berniaga dengan Kimberly-Clark membawa saya keluar makan tengah hari sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Adakah ini

dibenarkan?

J.

Bergantung pada keadaan. Menerima jemputan

makan tengah hari dibenarkan jika untuk tujuan perniagaan, tetapi belanja makan yang kerap atau melampaui batas mungkin dilihat akan mewujudkan konflik kepentingan. Rujuk ketua pasukan anda jika vendor sentiasa mengajak anda keluar makan tengah hari. Beritahu vendor mengenai Tatakelakuan dan hanya sekali-sekala keluar makan tengah hari bersama vendor.

S.

Seorang vendor menawarkan untuk menghantar bahan buangan daripada projek beliau yang telah siap ke rumah saya. Projek ini telah siap dan

Kimberly-Clark pasti akan membuang bahan buangan ini juga. Adakah ini dibenarkan?

J.

Tidak. Jangan sekali-kali terima barangan daripada

(26)

MeMberi hadiah, hiburan dan peMberian

Kita komited untuk memenangi perniagaan berdasarkan ciri unggul, faedah dan kualiti produk serta perkhidmatan kita. Menawarkan hadiah, hiburan atau pemberian untuk memenangi atau mengekalkan perniagaan adalah tidak beretika dan

mungkin menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan yang boleh diterima untuk memberi hadiah atau hiburan yang sederhana nilainya kepada kenalan perniagaan bagi membina atau mengekalkan hubungan perniagaan dan muhibah, pastikan ia di tahap minimum.

Secara umum:

• Jangan berikan hadiah, hiburan atau pemberian kepada orang atau syarikat yang sama, lebih daripada sekali-sekala.

• Hadkan hadiah, hiburan dan pemberian kepada apa yang

wajar dan bersesuaian mengikut keadaan.

• Jangan berikan hadiah, hiburan atau pemberian jika anda

melakukannya untuk membuatkan orang lain berasa terhutang budi untuk memberi perniagaan kepada Kimberly-Clark.

• Jangan berikan hadiah atau hiburan yang boleh kelihatan

sebagai melanggar komitmen kita untuk saling hormat menghormati satu sama lain.

• Pastikan anda tidak melanggar dasar hadiah dan hiburan

syarikat yang satu lagi.

• Jangan sama sekali memberikan wang tunai, cek, kiriman

wang, sijil hadiah, kupon, pinjaman atau lain-lain jenis wang atau nilai yang bersamaan wang.

• Pastikan anda mematuhi apa jua dasar tempatan yang

berkaitan di wilayah/negara anda.

PANDUAN KELAKUAN

Menerima hadiah yang mahal daripada vendor,

(27)

HADIAH, HIBURAN ATAU PEMBERIAN KEPADA

PEGAWAI KERAJAAN

Hampir semua negara mempunyai undang-undang mencegah sogokan dan rasuah. Di samping itu, undang-undang

antirasuah di sesetengah negara boleh dikenakan bukan sahaja ke atas kesalahan kakitangan Kimberly-Clark di dalam negara tersebut tetapi juga ke atas kesalahan yang dilakukan di negara luar oleh anak syarikat Kimberly-Clark dan sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak atau demi faedah Kimberly-Clark. Pelanggaran undang-undang antirasuah tersebut boleh mengakibatkan Syarikat menerima hukuman berat dan menjejaskan reputasi awam dengan ketara.

Anda tidak perlu menawarkan, menjanjikan atau memberikan, secara langsung atau tidak langsung, apa jua nilai, tanpa mengira jumlah, untuk mendorong atau mempengaruhi sebarang keputusan rasmi kerajaan atau untuk mendapat kelebihan yang tidak wajar. Contoh pembayaran yang dilarang termasuk hadiah wang tunai, makan, hiburan, peluang perniagaan, produk Syarikat, tawaran atau peluang pekerjaan, sumbangan kepada badan amal dan banyak lagi. Selain itu, anda tidak perlu “memudahkan pembayaran” atau “mempercepatkan pembayaran” kepada pegawai kerajaan. Semua aktiviti ini boleh dianggap sebagai sogokan atau rasuah.

Jika pegawai kerajaan mungkin dianggap Profesional Kesihatan, undang-undang yang lebih ketat boleh dikenakan ke atas interaksi anda dengan individu tersebut.

Jangan memberi atau menerima sogokan dan halanglah orang lain daripada berbuat demikian. Jabatan Undang-undang boleh memberi nasihat tentang perkara yang dilarang oleh undang-undang atau Tatakelakuan. Kimberly-Clark juga telah menerima pakai beberapa dasar yang menyediakan panduan tambahan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, baca perkara yang berikut: Dasar Konflik Kepentingan, Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Arahan Dasar Konflik

Kepentingan, Hadiah dan Pendedahan Maklumat Sulit; Dasar Antirasuah; Arahan Dasar Antirasuah; dan Garis Panduan Interaksi dengan Profesional Kesihatan.

S.

Siapakah pegawai kerajaan?

J.

Pegawai kerajaan ialah sesiapa sahaja yang dilantik oleh mana-mana kerajaan atau perusahaan yang dikawal oleh kerajaan atau parti politik, seperti pegawai, merinyu alam sekitar dan

kesihatan, pegawai kastam, pekerja pos, ahli badan perundangan dan pekerja hospital milik kerajaan.

S.

Satu-satunya cara saya untuk mendapatkan visa lawatan perniagaan di negara lain tepat pada masanya adalah dengan membayar lebih kepada pegawai di kedutaan negara tersebut. Bolehkah saya

berbuat demikian?

J.

Tidak. Undang-undang di kebanyakan negara

melarang pembayaran seperti ini dan Syarikat melarang pembayaran sedemikian di mana-mana negara.

S.

Datuk Bandar kita akan datang melawat kilang untuk majlis pecah tanah bagi bangunan baru kita.

Bolehkah saya memberi beliau beg hadiah yang penuh dengan sampel produk?

J.

Bergantung pada keadaan. Ramai pegawai

tempatan dilarang oleh undang-undang tempatan dan kod etika mereka sendiri daripada menerima apa jua hadiah, walau sekecil mana pun. Hadiah kepada pegawai awam dilarang oleh Amerika Syarikat. Akta Amalan Rasuah Asing dikenakan jika hadiah tersebut bertujuan untuk mempengaruhi keputusan. Oleh kerana bidang ini rumit dan hukumannya berat, anda perlu berbincang dengan Jabatan Undang-undang sebelum menawarkan sebarang hadiah kepada pegawai kerajaan.

S.

Saya diberitahu bahawa saya perlu membayar lebih kepada pegawai kastam untuk meluluskan produk kita melalui pemeriksaan kastam. Bolehkah

saya berbuat demikian?

J.

Tidak. Undang-undang di kebanyakan negara

melarang pembayaran seperti ini dalam apa jua keadaan dan Syarikat melarang pembayaran sedemikian di mana-mana negara.

Referencias

Documento similar

Tujuan dari asas optimalisasi dalam proteksi radiasi adalah untuk mendapatkan hasil optimum yang meliputi kombinasi penerimaan dosis yang rendah, baik individu maupun

Menurut Budiardjo dalam buku Dasar- Dasar Ilmu Politik (2008), demokrasi yang dianut di Indonesia adalah demokrasi yang berdasarkan Pancasila yang masih terus berkembang dan sifat

Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan asal daerah bahan baku yang terbaik untuk pembuatan sirup gula kelapa dan untuk mendapatkan konsentrasi arang aktif yang

Penis pria berbentuk batang dan merupakan organ untuk senggama bagi pria yang berfungsi untuk menyalurkan cairan mani (semen) yang mengandung sel-sel spermatozoa ke dalam

Sebuah KPI yang baru berguna sebagai pedoman untuk menyusun penilaian kinerja yang nantinya akan menjadi fondasi dari keseluruhan proses performance management di dalam

Sediaan transdermal dapat menjadi alternatif untuk menghantarkan senyawa yang memiliki kelarutan rendah dalam air atau senyawa dengan ketersediaan hayati yang

Kondisi ini menggambarkan bahwa konsentrasi 2500 µg/mL ekstrak daun miana menimbulkan toksisitas yang cukup tinggi, sehingga konsentrasi yang dianggap aman untuk

Perlakuan dengan konsentrasi 40 g/L mengalami peningkatan kandungan flavonoid dari perlakuan kontrol diduga karena sumber karbon dan sumber energi yang tersedia